kerana aku pun tak menyokong pasukan chelsea walaupon pengurus pasukan mereka adalah bekas jurulatih pasukan portugal...
tapi ini cerita tentang aku yang melayani blues aku semasa aku sdg memandu tadi..
bagai terpanggil aku untuk menaip blog sejurus aku tiba dirumah...
hujan pula diluar mencurah-curah seakan mengajak pula aku tidur...
xpe2 aku kuatkan semangat menaip lagi...
aku terfikir tentang teman sekeliling aku...
mereka datang silih berganti...
memikirkan teman yang setia mmg agak sukar..
aku sememangnya bukan dikalangan yang popular...
namun aku tidak pernah meminggirkan hdp aku dan cuba menjadi asing..
cuma aku hdp seperti biasa dengan harapan aku dapat menghirup udara segar kurnaian Tuhan...
walaupun ada teman yang akan melayani karenah aku dikala aku sunyi seraya menghiburkan aku..
mereka pasti akan pergi jua satu hari nanti...
oleh kerana itu aku tak pernah berharap mereka sentiasa disisi aku..
dn aku xpernah mendambakan mereka sentiasa hadir dan menyapa aku...
mungkin kerana aku telah terbiasa begini...
dan aku akan sentiasa begini jua...
apabila kejadian langit dan bumi ini tidak lagi mampu untuk bertahan...
aku harap masih ada yang mengenali dan mengingati aku dengan seadanya....
No comments:
Post a Comment