Tuesday, August 18, 2009

pimp my ride

titiba rasa nak berchatting ngan mohd wak (nama samaran yang aku bg saje2)
sbb aku blk bercuti lantaran klas yang belum pon bermula kebnyakannya akibat kecelaruan jadual..
tambahan pulak ade mangkuk yang cabut jadual yang satu2nya ditampal kat fik tuh..
mana la nak refer lagi jadual memandangkan yang sedia ada pon dah kene cabut...
baik betul bdk2 nih tolong kasi 'settle' masalah jadual yang berserabut....
aik kisah dahulu kala yang ingin dikongsi pada kali ini...
mari belajar menunggang basikal...
hari pertama menunggang basikal aku mcm biase la mesti dapat roda tambahan punyer kat blkg tuh...
kan kck lagi mesti la x pndi nak balance basikal b.m.x yang big boss aku beli sorang satu untuk aku ngan adik aku...
lps lama kelamaan aku rs x best dan kurang cabaran menunggang basikal beroda empat nih...
maka para2 mekanik cilik mula menunjukkan bakat mencabut satu roda dahulu sblm suma roda2 tambahan yang mencacatkan pemandangan tuh dicabut...
kayuhan petama sangat mengujakan...
tidak terbayang yang mengayuh basikal amatlah senang....
walaupun tanpa 'roda2 kotaraya' kat blkg...
orang kata sepandai-pandai tupai melompat pasti jatuh ke tanah jua..
begitulah rempit cilik seperti aku...
jatuh tergolek dok tuh mmg la pernah sgt..
klu jth luka dan koyak rabak seluar aku...
blk umah dpt lagi 'hadiah' dr big boss.....
skang aku basikal pon xde dah..
cuma kenderaan beroda empat je la peneman aku bersiar-siar...
zaman dah berubah........

tebabarboo!!!

menggedik bkn lah ssh.. mengarut dan mencarut lagi mudah... muka aku xmandi lagi tapi ttp hensem mcm tom cruise... bayangkan klu aku dah mandi jd mcm mana?

konon2 tajuk bunyi letupan isi gempak lah tuh..
hahaha sebenarnye xde la gempak pon cuma conteng-contengan ringkas je...
smlm hari membawa kereta bersiar-siar kerana lama gak terperuk kat pekan bb yang sgt la menyedihkan...
dengan kepla jingga aku yang agak2 x boleh blah aku tekadkan hati memandu dengan selamat...
malangnya malam semalam hujan melanda dengan lebatnya....
dan banyak jugaklah mangkuk ayun yg bwk keta dengan menaikkan lampu tinggi....
akibatnya aku hampir terlanggar divider kat tgh2 jln bb yg br dibuat tuh....
lahanat punyer mangkuk2 tingkat....
seraya penguatkuasa undang2 yg x berdedikasi...
aku membalas perbuatan lahanat2 yg suka menaikkan lampu tinggi nih...
tapi aku bg lagi lama2...
ape diaorg ingat diaorg je boleh high beam....?
ko x mkn aku punyer lagi.....
apabila diaorg mula terasa perbuatan bangang diaorg tuh menimbulkan kemarahan org lain..
mula la mereka merasa malu dan menutup lampu tinggi....
elok orang2 mcm nih terjun masuk lombong lagi baik...
dri menyusahkan orang lain yg x bersalah..
klu aku terlanggar devider mlm td aku kejar si bodoh yang x bermaruah tuh...!!

Saturday, August 15, 2009

kisah si demam campak vs denggi

fesyen botak aku menjadi ikutan selepas itu. tgk raja pon sggp botak demi nak shoot ngan aku kat tanjung karang

suatu ketika (ayat biase starting story) di semester empat...
semester yang aku ade byk gle presentation wlupun blm tiba aku membusykan diri...
sepanjang semester aku mmg sangat2 la aman damai..
siap boleh menyanyi lagu kerispatih dengan gembira...
padahal lagu kerispatih suma pasal cinta terputus (tiada kaitan dgn aku)
ku sangkakan hujan sepanjang hari...
rupanya ribut datang melanda (pepatah baru, boleh terima ke?)
mlm dr blk mkn stik kat klcc ngan khalil aku terasa panas semacam (kami bkn pasangan gay)
sejurus tiba dirumah aku lebih banyak berehat...
ingatkan demam biase je...
rupanya-rupanya aku kene attack ngan demam campak...
berjangkit dr haris la nih....
petang keesokkannya aku pulang ke seri kembgn dlm keadaan yang agak lemah x bermaya...
seminggu gak aku cuti, walhal final exam dah dekat bangat...
selamba je la memandangkan semester tuh paper2 yang aku amik boleh tahan garing...
aku kene berterima kasih la kat khalil, mat alip, ngan raja sbb jaga aku time aku blk ke unisel semula...
ms tu aku bkn sht lagi, asyik kene sapu ubat je....
akhirnya aku sembuh dan kembali menjadi hensem...
malangnya khalil pulak kene demam denggi...
lengkaplah ktorg satu bilik kene serangan demam yang dahsyat...

malam minggu

tahap gaban la klu kelakuan dah mcm nih...

punyer la bohsan aku mlm minggu nih..
kerana membatalkan plan merayau saat2 akhir....
so aku membuat keputusan bersama rakan2 yang lain untuk tercongok kat depan pc...
update blog, bkk ms rahsia aku, facebook aku (yang ni pon rahsia jugak)
bukan kerana aku x nak add sape2 kawan2 aku yang lain...
tapi cukup lah aku jadikan benda2 tu sekadar platform bersuka ria...
bukan tempat untuk aku mencari teman2 baru...
sbb aku main game on9 je yang ade kat web2 karut tuh...
sebagai penutup karutan aku malam nih....
satu je yang aku ingin katakan pada dia (walaupun mungkin dia tidak mendengar)
dia semakin cantik!!!

Friday, August 14, 2009

nasik lemak - toliet

setiap pagi jumaat di asrama SEMESTA pasti akan di hidangkan nasi lemak yang aku pon x tau ape specialnyer...
selama 4 tahun aku meminggirkan nasik lemak tuh sbb aku x gemar pon nak sarapan pagi...
tahun akhir di sana aku mula mendekati nasik lemak yang mmg hot giler...
sape lambat mmg x dpt la mkn sbb smbl akan selalu abis...
aku kadang2 lmbt jugak...
tp selalunya aku dpt la mkn ns lmk yg agak2 power tuh...
pada suatu ketika ketika mkn nasik lmk pagi jumaat yg syahdu....
akan berlaku susulan dimana segelintir pelajar akn ke toilet..
biasenye aku yg gagah nih mmg dpt bertahan hingga abis skool...
tanpa sebarang mslh dalaman...
cuma pagi jumaat yang satu nih lain drpd kebiasaannya....
aku mengalami serangan dari dlm perut secara terus-terusan....
dan yang lebih memeritkan apabila ktorg terpaksa bersaing untuk masuk ke dalam toilet...
selama nih g toilet nak setting rmbt je...
'bursa saham' kene jaga beb....
tapi pagi tuh xde sape yang akan melepsakan peluang 'berjuang' di dalam toilet...
aku yang seperti sedia maklum terpaksa menggunakan kuasa veto...
potong barisan bdk2 junior yang teringin nak guna toilet gak...
aku terpaksa wahai 'adik-adik' (padahal aku x kisah pon) sbb port bdk2 form 5 kat bgnn bengkel baru tutup pulak pagi tuh...
apabila ramai pesakit mula 'sawan' sbb pergelutan toilet yang paling pjg....
pihak skool mula bagi kelonggaran untuk blk dorm...
berak kat asrama la kononnya...
aku amik kesempatan la untuk balik memandangkan ms add math..
cikgu ali pon bkn main baik bagi bdk2 yg 'bermasalah' utk blk....
sejak pagi tuh nasik lemak masih menu kegemaran pagi jumaat...
ala klu rs skt perut blk dorm sudah....
ade alasan ape....

Thursday, August 13, 2009

pusingan u

selama aku membawa kenderaan yang dinamakan motokar ataupun kereta...
aku pernah membuat aksi separa ganas yang boleh mengakibatkan jantung sesiapa sahaja berdegup kencang...
baik aku akan bahagikan kisah ni mengikut turutan masa...

kisah 1
akibat berlaku pergaduhan yang aku x perlu ceritakan kisah tu kat sini....
aku pertama kalinya membuat aksi separa ganas tu bila aku memulas stereng keta aku yang sememangnya power stereng di jalan lurus....
akibat aku yang dikawal oleh api kemarahan ketika itu membuat kereta aku mula melayang-layang ke kiri dan kanan....

kisah 2
suatu petang yang syahdu selepas hujan renyai2 berhenti...
aku mula memandu secara laju di lebuhraya seri kembangan-salak tinggi....
lagipun aku sorang2 je ms tuh...
memang menjadi hobi aku memandu laju jika berseorangan....
sehingglah tiba di satu selekoh aku mula membatalkan niat aku untuk terus laju di selekoh berkenaan....
selama nih mmg aku bantai je selekoh...
tapi bukan hari itu apabila aku memperlahankan kereta aku...
malang memang tak berbau...
aku mula berputar 360 darjah....

kisah 3
petang yang ala2 lepas hujan renyai jugak...
aku dalam perjalanan ke kota kemuning sbb nak tukar absorber kereta aku...
almaklumlah nak tukar sport rim....
oleh kerana berlagak dengan keta lain yang kononnya x laju....
aku membuat aksi separa bahaya lagi bila aku mula bantai selekoh kat bandar kinrara....
mcm biase la....
hero mesti la kalah selalu....
brader yang bawak waja berlalu meninggalkan aku smbl menggelengkan kepala....

kisah 4
malam baru pulang dari mengemas rumah baru...
dan juga sempena cuti pertengahan semester...
yang ni paling baru sbb jd ms sem lps....
akibat mengelak mat rempit yang melintas jalan secara tiba2....
aku sekali lagi terpaksa jadi stuntman tanpa bayaran...
membuat aksi percuma untuk mangkuk tingkat yang berhenti untuk tgk eksiden....
hasilnya sport rim aku tersopek....

konklusi untuk kejadian2 tersebut..
aku berjaya mengawal suma insiden tersebut...
ade ketika aku digelar hero dan ada ketika aku terkejut sendiri...
setakat nih ok je la lagi...
aku masih boleh bernafas...

Monday, August 10, 2009

lasak gile

ketika aku kecik2 dan aku pon x ingat bape umur aku..
aku mmg dilahirkan sbg anak degil yang suka melasak...
balik klu ade luka2 tanggung sndr sbb lps tu ade lagi kesan2 lebam yang lain pulak hinggap kat blkg bdn akibat libasan tali pinggang big bos....
dan ketika yang mana ntah aku x ingat aku ade kesan lekuk kat dahi mcm si harry porter...
hingga skang klu di selak rmbt aku yg berjurai-jura ala2 pelakon remaja jepun (padahal muka jawa hidung penyek)...
boleh nmpk kesan lekukan itu yang terhasil akibat aku menjatuhkan dr dr meja secara dahi kebawah...
aku rs harry porter pon sm mcm aku gak....
bkn si lord voldermot (btl ke aku eja nama dia) yg wat...
kemudian bila msk pulak zaman skool...
kelasakan aku menjadi jadi....
melompat lari dari warden tu mmg pernah je aku wat..
nak naik dorm pagar lak kunci selamba badak je g blkg bgnn panjat tingkat satu tuh demi nak msk dorm sgt...
klu naik pon sng, nak trn apetah lagi..
lompatan kijang ke bawah la jwb nyer.....
tapi skang aku dah x selincah tuh...
nak panjat menara satelit pon aku cuak gile..
padahal baru bape meter je....
aku dah cuak bangat....
kadang-kadang aku naik tingkat atas umah aku tgk bwh aku rs cuak jugak...
mana pegi metabolisme (istilah sains yg aku taram je) aku nih...
aku ingin kembali menjadi lasak mcm dulu.....!!!

Followers