Friday, January 9, 2009

berdebar rasa hati.

kecik2 dulu ada tak kita main msk2 ke pondok2 ke kawin2 ke atau yang seumpama dengan suma tuh....
macam senang je dulu2 kalau nak jd peranan mak bapak...
kunun2 ade anak2 yang degil dan tak boleh dikawal...
bile teringat balik kenangan zaman kanak2 tu rs sungguh merindukan zaman tu....
kepala yang x berat belajar sangat...
cuma risaukan suara mama yang memanggil masok mandi apabila menjelang senja....
mengaji pula menjadi kewajipan setiap malam selepas maghrib..
aku anak yang degil nih memang liat la nak di suruh mengaji...
tapi kene jugak la mengaji walaupun kadang2 rotan hinggap kat peha aku kerana bace tergagap-gagap...
dan kadang2 linangan air mata yang ala2 anak manja menemani aku yang ssh tul nak melancarkan bacaan aku....
kemudian apa kaitan nya dengan permulaan cerita tadi...
aku pon xtau sbnr nya...
cuma intro aku saje la.....
gempak kan karutan aku yang membawa kepada sebuah cerita tentang seorang anak degil yang susah tul nak mengaji walaupon guru nya itu adalah ibunya sndr....
dah lama aku xmengaji...
rindu pula aku kepada naskah kitab suci itu....

Wednesday, January 7, 2009

bendul a.k.a mr bean...

hari ini seperti biasa mat alip akan buat statement yang karut lagi...
jangan terkejut bace tajuk yang aku tulis tu...
bukan nak kate aku ni mr bean...
tapi mat alip menyamakan hidup seperti karekter mr bean...
apabila aku keseorangan menikmati maggi perisa ayam di dapur....
menyokong hujah beliau ialah apabila aku tidur seorang di bilik hadapan....
tanpa kehadiran muaz yang balik ke rumah beliau...
kemuadian aku pun hampir bersetuju dengan mat alip..
cuma aku tidak menyatakan terus terang kepadanya...
cuma aku berfkir kerana aku mempunyai lebih ramai kawan-kawan berbanding mr bean...
yang mana cuma hidup dalam dunia beliau..
hingga kadang2 tidak mempedulikan alam sekeliling beliau....
tapi sejak kawan2 aku tamat pengajian..
aku terasa sunyi sedikit walaupun aku di sogokkan dengan rakan2 baru...
cuma lebih banyak pengalaman aku dengan mereka..
suka dan duka...
tak kira mana yang lebih banyak.....
harap2 aku dapat mengikut jejak mereka selepas ini..
amin ya rabbal alamin.....

Tuesday, January 6, 2009

cik nab

kadang-kadang ade orang akan tulis msj or anta komen kat aku bertanyakan aku tentang kesihatan cik nab..
bagi yang tidak kenal mungkin akan menyangka yang cik nab tu adalah hidupan...
tapi sangkaan tu salah keran cik nab tu hanya diambil daripada no plat kereta aku...
kereta yang bagi aku banya jasa nya...
kereta yang telah di beli sejak tahun 1988 dan dipandu oleh aku sejak 2003..
hingga sekrang kereta tu dah bawak aku jln jauh..
hingga yang paling baru ke jb...
mungkin dulu kereta tu juga merupakan kenderaan rasmi kami sekeluarga untuk balk ke kedah..
tapi sejak ayah aku dah memandu kereta lain...
kami jarang memandu kereta tu untuk ke destinasi yang jauh...
cuma untuk jarak yang dekat sahaja...
tapi x kesah la...
kerana kereta tu mmg steady kerana hingga sekarang tiada kerosakan besar melainkan driveshaft shj yg prob..
itu pon 2 kali di tgn aku... hahahaha...
pernah juga mama mencadangkan kereta  itu dijual..
tapi aku yang paling membangkang..
kerana aku sayangkan kerata itu..
dan yang paling bernilai no plat yang ditempah khas..
bukan no rawak yang diambil sejurus kereta ditemaph..
itulah keistimewaan nissan sentra n13 1988 buatan jepun dengan semua aksesori original jepun...

jangan diganggu...

inilah cerita aku tentang part yang paling aku xsuke skali..
iaitu kalau orang kacau aku bace paper...
sepangjang hari kalau nak kacau aku tu suke hati korang la..
tapi bile aku dah pegang surat khabar mintak maaf..
biarkan aku dengan dunia aku...
jangan la gatal2 mulut nak mintak ape2..
sbb mmg aku xsuka orang potong mood aku..
hari minggu pon same kalau tgh bace paper mama suh buat keje...
mmg liat la aku nak bangun untuk membantu..
dan kadang2 kalau korang telefon aku tp aku xangkat..
maknanya aku tgh bace paper kat bawah la tu...
buat2 xdgr ataupon mmg dgr tapi lambat2 nak naik atas..
so sila paham dan jangan salahkan aku..
salahkan paper yang menjadi smber pengetahuan aku tentang dunia dalam dan lar negara...
peace no war ye...

Sunday, January 4, 2009

karut....

hari ni 2 kali aku tido dan mendapat mimpi yang karut...
siang tadi aku bangun dengan linangan airmata......
aku mimpi dan menangis hingga terjaga....
walhal aku cuma mimpikan tentang orang yang aku tak kenal.....
orang yang aku mimpikan dalam kesusahan...
seorang makcik tua yang di buli....
depan mata aku tapi aku tak mampu berbuat apa2....
sedih gle.....
kala korang ada niat macam tu tolong hentikan...
hormatilah orang tua.....
jangan buat tak senonoh kepada mereka....
walaupun kadang kadang orang tua tak reti nak sayang kepada budak2 muda....
biar la mereka......
kemudian tadi aku tido sekejap sekadar melelapkan mata kerana aku sakit kepala....
aku bermimpi lagi tetapi lebih mengarut....
lantas aku bangun kerana aku tak tahan lagi dengan jalan cerita yang tak tentu hala....
mungkin aku terlalu penat...
atau mungkin aku terlalu memikirkan benda2 yang tak logik....
suratan atau kebetulan.....
itu semua ketentan Tuhan....

Saturday, January 3, 2009

kenangan skool 1st episode...

adik angkat zaman skool dulu ader yang kate lawak..
tapi nak buat macam mane sebab dah jadi kewajipan kat skool aku...
so mengikut tradisi itulah yang akan berlaku apabila budak2 junior mendaftar...
diaorg akan dapat seorang abang angkat dan kakak angkat...
tak kisah la perangai diaorang baik ata pun macam setan...
aku pulak tak tahu samada aku dinilai sebagai abang angkat yang baik atapun abang angkat yang teruk...
walaubagaimanapun aku cukup bertuah kerana zaman itu aku alami sebanyak 2 kali...
semasa aku form 3 dan semasa aku bergelar super duper senior iaitu semasa aku form 5...
form 3 jadi abang angkat ni x la berapa seronok kerana kami belum berkuasa untuk membuat apa2 hukuman kepada adik angkat kami....
kerana masih ada bdk2 form 5 yang berkuasa....
oleh yang demikian adik angkat kami terbiar dan hukuman itu dijalankan oleh mereka yang lagi power konon nya....
namun begitu berbeza pula apabila aku telah berada di tingkatan 5...
adik angkat pula kebanyakannya berasal dari kl....
perkara ini sebenarnya ada udang disebalik mee....
tpi aku tak boleh ceritakan kerana sensitif.....
takut ada pihak yang terguris pula nanti....
baiklah...
aku cuma teringat akan hal ini dimana tradisi ini aku tak tahu pula masih diteruskan atau tidak kerana semakin lama aku dapati bdk2 skool semakin manja...
dan mereka pula menapat lebih banyak kemudahan berbanding kami dahulu..
oleh itu aku harap mereka bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan...
jangan kufur nikmat kerana Allah tidak suka kepada hamba-Nya yang tidak brsyukur....

second edition.

well... well....
aku menuliskan lagi blog post yang baru....
di sini ak lebih bebas daripada terkokong akibat desakan menuliskan tentnang periha wanita...
tahn baru azam baru....
pasti ada yang tertanya tanya kenapa aku menamakan blog aku sebagai burung murai...
yang pertama aku fikirkan tentang nama yang mudah untk diingati...
yang keda kerana ak suka bercerita tentang kisah hidup aku...
cuma agak malang disini kerana aku terpaksa menaipkan cerita itu..
tak dapat aku sampaikan secara lisan disini...
aku baru pulang dari johor semalam dan terus bergegas ke unisel kerna hari ini aku perlu mendaftar untuk semester baru....
walaubagaimanapun buat pertama kalinya perkara yang amat malang berlaku kepada aku...
di mana tiket tol aku telah hilang ditiup angin...
hampeh betul.....
menyesal aku memandu melebihi had laju...
akibat nya aku telah di cas tol dari jb ke kajang..
walhal aku telah berhenti di simpang ampat ntuk konvoi dengan sharap....
nak wat macam mane...
tadah je la...
pengalaman jb sangat meriah...
nanti aku akan upload video dan gambar2 di sana..

Followers