Friday, January 30, 2009

gol....!!!


bukan gol meninggal la....
ni gol akbat rembatan padu maut ke gawang gol...
semalam aku bermain futsal...
agak lewat sedangkan aku ada kelas pagi....
gamble mamble je la aku g..
ngan bdk2 umah ni cmpr ngan alvin...
berbekalkan azam dan semangat yang tinggi aku menuju ke futsal tanjung karang..
bkn apa minggu ni langsung x sukan...
xjogging pon sbb ptg2 hujan..
so aku pon mengambil langkah tersebut untuk mengeluarkan peluh....
permainan selama sejam tanpa henti...
tanpa pemain simpanan membuatkan pasukan para perokok menjadai semakin layu..
hehehe...
sape suh isap rkk kan....
tapi yang paling menarik bagi aku apabila aku dapat menjaringkan gol pada minit2 akhir permainan..
bkn kerana gerakan cntk aku..
cuma sedikit skill yg menyerupai david beckham dapat memperdaya penjaga gol seterusnya menerjah ke gawang gol..
tahniah pada aku...
kalau ada pasukan yang nak import aku lagi di persilakan....

Tuesday, January 27, 2009

nak cover...?

sedari kecil aku memang amat suka...
akan sema yag berada diata kepala...
yakni paling mudah sekali adalah topi...
ketika sekolah rendah kadang2 kene pakai songkok...
namun bagi aku tiada apa yang mengganggu aku....
kerana bagi aku tidak mengapa dengan benda yang terletak dikepalaku itu...
aku memeang tidak kisah jika memakai kopiah, songkok mahupun topi...
aku pernah memakai pengikat kepala....
malah jika keluar dengan mengikat rambut pon aku tidak peduli...
aku adalah aku...
aku tidak cuba menjadi orang lain dan aku tidak mahu orang lain menjadi aku....
aku rasa inilah penulisan aku yang paling pendek kerana aku dah tak tertahan lagi untuk melelapkan mata.....
selamat malam wahai kekanda dan adindaku sekalian...

wanita hiasan dunia....




memang la wanita tu hiasan dunia...
tapi mcm mana lak kalau aku letak lalat kat atas makanan...
itu kira hiasan dunia lagi x...?
aku tanye mcm tu sbb smlm......
haa aku nak bg suspen sket la......
aku khalil dan khairul keluar g tgk wyg citer underwolrd 3....
maka setelah abis tk wayang kami terasa amat lapar sekali...
jadi kami pon mengambil keputusan untuk makan di kfc kota damansara...
maka setelah kami tiba di kfc kota damansara...
aku pun mengorder hidangan aku di kaunter yg lain dengan khalil dan kerol...
konon nak cepat sket la....
bila aku dah dpt hidangan aku....
aku tgk chezzee wedges aku x cukup cheese....
aku mntk la tmbh....
bila aku kembali kepada hidngan aku yg telah aku letak diatas meja tuh...
aku lihat ade seekor binatang yg hampeh dok ada....
melekat atas aku nyer mashed potato....
cilanat..
dah la aku pilih ayam terbaik kat kfc hr tuh..
alih2 terpaksa tukar....
nsb baik aym yg lain cun jugak....
klu x aku terpaksa la diet dikala mlm bulan mengambang....
grrrrrrrr.....

Thursday, January 22, 2009

shit..!!!


mmg hari ini aku terkena la pulak...
setelah aku berhempas pulas selama ini..
mengenakan orang dalam tagged...
hari ini aku pula terkena kat tagged aku...
profile aku dah kene tukar dgn gmbr samsul....
shit aku terkena dan terbahan semalaman...
argh balasan tuhan kepada aku.....
skang setan2 tuh tgh suka menggelakkan aku...
panas telinga kene la tahan...
aku pon mcm babi gak dulu...
ms wat kat profile org lain....
aku kene la tahan skang....
chibai...
aku terkena...
aku xtertahan lagi........

Wednesday, January 21, 2009

satu hari dalam seminggu..

seakan menjadi cabutan bertuah..
entah mengapa dari semester lepas hari itu juga dipilih..
sedangkan dalam seminggu ada tujuh hari..
bagaikan sudah dijanjikan dalam seminggu selasa malam rabu juga kami bertandang ke tanjung karang..
bukan untuk makan satay hut yang sangat sedap...
tapi cuma untuk bermain futsal...
sukan rasmi ahli dalam rumah aku..
pasti ada juga yang akan bermain walaupun terpaksa bergabung dengan ahli2 rumah yang lain..
namun bukan itu yang menjadi persoalan..
kerana sukan tidak mengira bangsa...
sukan untuk semua cuma bergantung kepada kita yang mengawalnya..
samada untuk menjdikan ianya keterlaluan ataupon sekdar riadah umum..
mungkin ramai yang kuarang melakukan aktiviti sukan...
jadi ambillah kesempatan ini untuk melakukannya demi untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan untuk kelangsungan hiudp kita...

da blues..

ini bukan cerita tentang pasukan chelsea..
kerana aku pun tak menyokong pasukan chelsea walaupon pengurus pasukan mereka adalah bekas jurulatih pasukan portugal...
tapi ini cerita tentang aku yang melayani blues aku semasa aku sdg memandu tadi..
bagai terpanggil aku untuk menaip blog sejurus aku tiba dirumah...
hujan pula diluar mencurah-curah seakan mengajak pula aku tidur...
xpe2 aku kuatkan semangat menaip lagi...
aku terfikir tentang teman sekeliling aku...
mereka datang silih berganti...
memikirkan teman yang setia mmg agak sukar..
aku sememangnya bukan dikalangan yang popular...
namun aku tidak pernah meminggirkan hdp aku dan cuba menjadi asing..
cuma aku hdp seperti biasa dengan harapan aku dapat menghirup udara segar kurnaian Tuhan...
walaupun ada teman yang akan melayani karenah aku dikala aku sunyi seraya menghiburkan aku..
mereka pasti akan pergi jua satu hari nanti...
oleh kerana itu aku tak pernah berharap mereka sentiasa disisi aku..
dn aku xpernah mendambakan mereka sentiasa hadir dan menyapa aku...
mungkin kerana aku telah terbiasa begini...
dan aku akan sentiasa begini jua...
apabila kejadian langit dan bumi ini tidak lagi mampu untuk bertahan...
aku harap masih ada yang mengenali dan mengingati aku dengan seadanya....

Tuesday, January 20, 2009

jangan bilang tidak....

penuh misteri akan kehadirannya...
itu sahaja yang mampu aku ungkapkan..
kami tidak pernah saling mengenali...
mungkin atau kami pernah berkenalan....
baru2 ni aku berkenalan dengan seorang perempuan yang aku pon xtau sape akan dirinya...
cuma memperkenalkan dirinya sbg nilam nini...
itu sahaja yang aku tau..
apabila aku tanya akan siapa gerangannya...
x pula aku ketemui jawapannya..
setiap masa dan ketika ada sahaja teman2 yang akan aku tanyakan..
adakah mereka mengenali siapakah empunya diri itu...
namun tak pula ada yang memberikan jawapan yang aku mahukan..
malam ini aku rasa paling kurang aku berbual dengannya...
kerana pada kebiasaanya  kami akan berbual panjang..
umpama kami telah kenal sekian lamanya...
hingga kini dia masih kekal misteri...
aku xkan memaksa dia untuk memunculkan dr nya keran bkn sifat aku menjadi pendesak...
cuma aku harap satu ketika nanti apa yang aku cr selama ini terjawab..
tapi misteri masih kekal misteri..
cuma korang xyah la nyanyi lagu gadis misteri tuh..
nnt kang rs poyo sgt la pulak....

Sunday, January 18, 2009

aku dan warna..

ketika usia kecil dahulu ada sahaja pakaian yang pelik2 dalam almari aku...
paling banyak kemeja berbanding tshirt..
aku pon xtau kerana mungkin bkn aku yang memilih pakaian tersebut (btl ke bkn aku pilih)
sbb dalam almari aku paling banyak baju jenama kiko dan kikilala...
2 jenama yang sgt hot bg kanak2 di zaman aku....
evolusi warna kepada pakaian aku sgt la ketara....
ketika aku kecil aku tidak memilih kepada warna warni kehidupan tetapi lebih memntingkan kepada corak dan gambar pada baju...
apabila aku meningkat ke zaman persekolahan...
masih aku tidak pentingkan kepada semua itu kerana bagi aku tak bergaya pon xpe..
tapi seluar sekolah tetap ditempah khas (straight cut)....
zaman aku menyambung ke tahap pengajian yang lebih tinggi aku mula bermain dengan warna...
dan aku mula mencari identiti dan gaya...
walaupon tidak lah terlalu over...
namun aku masih cuba menyesuaikan kepada alam sekeliling...
sebenarnya apabila kalian membaca apa yang aku tulis ni..
jangan la runsing sangat kerana aku bukan la rumit sgt tentang pemakaian..
cuma apabila ditanya tentang kebanyakan baju yang aku simpan banyak yang berwarna biru..
sedangkan aku lebih meminati warna2 yang lembut dan sudah tentu aku sayang kepada baju camel aku yang berwarna krim...
mungkin kalau tertumpah kari aku akan mengamuk gila2...
jangan lah cuba untuk menitiskan walau sekelumit kari kambing di atas permukaan nya...

dia superman...


malam ni aku menonton siaran langsung anugerah juara lagu di tv3...
rasanya setiap tahun aku tak pernah melepaskan peluang ini..

dan tahun ini aku sekali lagi diberi kesempatan menonton event tahunan tv3 tu...

pastinya seperti tahun2 lepas pasti ada sahaja peserta fav masing2 bukan...

dan tahun ini aku menjadi peminat paling setia kepada faizal tahir..

aku pon tak tahu apa kualiti yg aku lihat pada dr nya...

hingga aku rasa tak pernah aku ketinggalan mengikuti lagu2 nya yang terbaru...

tapi malam ini aku hampa kerana telahan aku yang hampir tepat itu tersasar sipi2...

faizal tidak menang...

tewas walaupun menjadi fav kepada ramai penonton sebaliknya meet uncle hussain yang berjaya..

tahniah juga kepada mereka kerana usaha keras mereka sepatutnya tidak dipertikaikan...

setahun dan beberapa bulan...

sekarang sudah masuk setahun dan belum la beberapa bulan sgt...
satu hapak punboleh dikatakan tiada hasil..
cuma respon yang biasa2 aje...
walaupun aku tidak dipinggirkan secara rasminya...
namuh bukanlah tiket untuk aku bermegah kerana dapat menarik sekelumit perhatiannya...
kalau nak diikutkan apa yang aku dapat dan apa yang aku lakukan bukanlah apa sangat berbanding apa yang dikecapi orang lain..
kalau au selalu menasihati orang lain supaya memotivasikan dr sndr dan jangan mengalah..
tapi kalau hal ni mmg aku terasa terkalah oleh perasaan aku sndr...
kalau hendak dikata sayang mungkin hal yang lain...
tapi kalau terpaksa melepaskan aku masih belum bersedia..
setiap kali aku menulis aku sentiasa menaruh harapan agar dia membaca...
dan andai kata dia membaca aku berharap dia juga sedar akan kehadiran aku...
sedar akan apa yang aku cuba lakukan selama ini ada akiatan dengan drnya...
kerana itu aku belum pernah memberi harapan dan peluang kepada org lain...
cuma aku terlalu kepingin umtuk mendekatinya...
dan aku senantiasa menantikan peluang itu akan hadir jua akhirnya nanti...

Wednesday, January 14, 2009

selamat ulang tahun

bukan menyambut hari lahir aku..
ataupun ulangtahun yang istimewa..
cuma seperti biasa mengimbau lagi kenangan sewaktu zaman kanak2 aku...
selama aku kecil tidak pernah big boss mengadakan pari besar-besaran utk aku..
cuma menjemput teman2 dan jiran tetangga untuk meraikan hari lahir aku..
juga adik aku apabila tarikh keramat kami menjelang tiba..
belum ada kek dari secret recipe tapi hanya dari kedai kek yang biase dan makanan ringan beserta minuman ringan untuk tetamu..
aku tidak dapat mengingat bila kali pertama kami mengadakan majlis seperti itu..
melihat album2 dirumah aku cuma nmpk sambutan yg pertama diadakan di sabah..
mungkin aku telah bersekolah dalam darjah satu atau dua ketika itu...
hadiah pon aku rs xde kot...
hadiah yang aku terima buat kali pertama adalah pemberian kawan aku ketika aku berada dalam darjah empat..
sebuah kereta tamiya yang memang dari jepun hingga kan manual nya pon aku xphm untuk memasangnya..
agak sukar tapi aku berusaha juga untuk menyiapkannya...
tapi hampeh betul sbb dah siap tapi xboleh juga jalan..
akhirnya aku beli sndr kereta tamiya dash yankuro tu...
shooting star sbb keta tu je yang pki tayar tajam2....
kembali kepada kisah aku menyambut hari lahir....
hampir kali terakhir aku menyambutnya adalah bila big boss dtg ke sekolah dan jemput kawan2 skolah aku skali menyambut nya..
ktorg lpk kat taman dpn asrama smbl mkn kek dan hidangan yg di bawa oleh mama...
aku rs itulah kali terakhir yang aku smbt secara besar2an...
kini tiada lagi sambutan yang grand2..
cuma big boss membawa pulang kek secret recipe pulang dan makan dengan keluarga (itupon klu ingat) hahaha...
tapi aku tidk mengharap sambutan yang besar pon..
cukup lah sekadar kalau ada yang mengingati dan memberi ucapanj yang ringkas..
kerana aku bukanlah seorg yg terlalu mengharapkan...
cukup lah besederhana sahaja....
tapi kalau dpt hadah pon bgs gak.....

Monday, January 12, 2009

barang yang lps dikenang lagi....

satu kotak yang penuh dgn power rangers, transformers lego dan npelbagai lagi mainan..
semua tu dah jd kenang2an aku...
dahulu kalau big boss blk dr outstation mesti ade lego baru nagn tape suria perkasa hitam...
penuh gle rak dgn tape2 tu....
lego mcm biase la...
xsmpi seminggu dah byk part hlg.....
so sebanyak2 part lego tu akhirnya di gabungkan menjadi satu...
supaya nampak mcm lengkap...
padahal sungguh la x cukup....
pada suatu hari aku ketika kami sekeluarga nak berpindah dari sandakan ke kota kinabalu...
aku tgk big boss mengangkat satu kotak besar ke arah tong sampah besar kat area umah ktorg...
aku ingat itu suma smph...
aku tgk suma kotak dah siap packing...
x sangka pula kotak yang kene buang tu suma permainan aku ngan adik aku...
adui... sedih sungguh berpisah dengan mainan aku secara tragis begitu...
masuk darjah enam big boss dah x beli mainan lagi..
tapi tape masih dia sehingga la suatu hari tape yang aku kirim berbungkus dengan cantik...
aku xsabar membukak nya dgn harapan nak tgk super hero kesukaan aku ketika itu...
terkejut aku membuka nya kerana yang ada hanyalah sebuah buku yang bertajuk how to improve your english...
sekali lagi aku terkena...
tamat la zaman aku bersuka ria dengan mainan aku dan tape2 aku....
wargh sungguh tragis zaman muda aku.......

Saturday, January 10, 2009

hancur badan di kandung tanah....

budi yang baik di kenang jua.....
jangan marah aku cuma tolong abiskan pepatah tu....
baik kita mulakan tajuk baru ni dengan pepatah tu...
ambil la sebagai satu pelajaran mengimbau kembali zaman persekolahan....
kalau di sebut zaman persekolahan pastinya aku mempunyai pelbagai pengalaman di tempat2 yang berbeza...
kerana aku membesar di seluruh pelosok malaysia ni..
kecuali beberapa negeri iaitu kelantan, terengganu dan johor..
cuma negeri2 ni yang xpernah aku jejaki...
walaubagaimanpun aku cuba menjejaki negeri2 yg tersbut setelah aku meningkat dewasa ni...
baik berbalik kepada zaman persekolahan...
ramai ingat aku bersekolah di sekolah cina...
sebenarnya bukan...
hanya namanya shj yg berbunyi cina....
itu sekolah rendah...
aku hanya sempat bersekolah yang namanya x cina iaitu apabila aku pulang semula ke kuala lumpur...
sekolah menengah aku cuma satu iaitu di negeri pahang darul makmur...
seronok juga sekolah disana dan amat banyak pengalaman aku timba...
pergaulan juga pelbagai jenis orang...
kini aku meninggalkan alam itu...
terkadang rasa rindu untuk kembali kesana..
bukan tempat yang disebutkan...
tapi zaman yang telah lama kita tinggalkan....
namun semua itu takkan berlaku...
cuma sekilas kenangan yang hanya tinggal sebagai memori untuk aku imbas...

Friday, January 9, 2009

berdebar rasa hati.

kecik2 dulu ada tak kita main msk2 ke pondok2 ke kawin2 ke atau yang seumpama dengan suma tuh....
macam senang je dulu2 kalau nak jd peranan mak bapak...
kunun2 ade anak2 yang degil dan tak boleh dikawal...
bile teringat balik kenangan zaman kanak2 tu rs sungguh merindukan zaman tu....
kepala yang x berat belajar sangat...
cuma risaukan suara mama yang memanggil masok mandi apabila menjelang senja....
mengaji pula menjadi kewajipan setiap malam selepas maghrib..
aku anak yang degil nih memang liat la nak di suruh mengaji...
tapi kene jugak la mengaji walaupun kadang2 rotan hinggap kat peha aku kerana bace tergagap-gagap...
dan kadang2 linangan air mata yang ala2 anak manja menemani aku yang ssh tul nak melancarkan bacaan aku....
kemudian apa kaitan nya dengan permulaan cerita tadi...
aku pon xtau sbnr nya...
cuma intro aku saje la.....
gempak kan karutan aku yang membawa kepada sebuah cerita tentang seorang anak degil yang susah tul nak mengaji walaupon guru nya itu adalah ibunya sndr....
dah lama aku xmengaji...
rindu pula aku kepada naskah kitab suci itu....

Wednesday, January 7, 2009

bendul a.k.a mr bean...

hari ini seperti biasa mat alip akan buat statement yang karut lagi...
jangan terkejut bace tajuk yang aku tulis tu...
bukan nak kate aku ni mr bean...
tapi mat alip menyamakan hidup seperti karekter mr bean...
apabila aku keseorangan menikmati maggi perisa ayam di dapur....
menyokong hujah beliau ialah apabila aku tidur seorang di bilik hadapan....
tanpa kehadiran muaz yang balik ke rumah beliau...
kemuadian aku pun hampir bersetuju dengan mat alip..
cuma aku tidak menyatakan terus terang kepadanya...
cuma aku berfkir kerana aku mempunyai lebih ramai kawan-kawan berbanding mr bean...
yang mana cuma hidup dalam dunia beliau..
hingga kadang2 tidak mempedulikan alam sekeliling beliau....
tapi sejak kawan2 aku tamat pengajian..
aku terasa sunyi sedikit walaupun aku di sogokkan dengan rakan2 baru...
cuma lebih banyak pengalaman aku dengan mereka..
suka dan duka...
tak kira mana yang lebih banyak.....
harap2 aku dapat mengikut jejak mereka selepas ini..
amin ya rabbal alamin.....

Tuesday, January 6, 2009

cik nab

kadang-kadang ade orang akan tulis msj or anta komen kat aku bertanyakan aku tentang kesihatan cik nab..
bagi yang tidak kenal mungkin akan menyangka yang cik nab tu adalah hidupan...
tapi sangkaan tu salah keran cik nab tu hanya diambil daripada no plat kereta aku...
kereta yang bagi aku banya jasa nya...
kereta yang telah di beli sejak tahun 1988 dan dipandu oleh aku sejak 2003..
hingga sekrang kereta tu dah bawak aku jln jauh..
hingga yang paling baru ke jb...
mungkin dulu kereta tu juga merupakan kenderaan rasmi kami sekeluarga untuk balk ke kedah..
tapi sejak ayah aku dah memandu kereta lain...
kami jarang memandu kereta tu untuk ke destinasi yang jauh...
cuma untuk jarak yang dekat sahaja...
tapi x kesah la...
kerana kereta tu mmg steady kerana hingga sekarang tiada kerosakan besar melainkan driveshaft shj yg prob..
itu pon 2 kali di tgn aku... hahahaha...
pernah juga mama mencadangkan kereta  itu dijual..
tapi aku yang paling membangkang..
kerana aku sayangkan kerata itu..
dan yang paling bernilai no plat yang ditempah khas..
bukan no rawak yang diambil sejurus kereta ditemaph..
itulah keistimewaan nissan sentra n13 1988 buatan jepun dengan semua aksesori original jepun...

jangan diganggu...

inilah cerita aku tentang part yang paling aku xsuke skali..
iaitu kalau orang kacau aku bace paper...
sepangjang hari kalau nak kacau aku tu suke hati korang la..
tapi bile aku dah pegang surat khabar mintak maaf..
biarkan aku dengan dunia aku...
jangan la gatal2 mulut nak mintak ape2..
sbb mmg aku xsuka orang potong mood aku..
hari minggu pon same kalau tgh bace paper mama suh buat keje...
mmg liat la aku nak bangun untuk membantu..
dan kadang2 kalau korang telefon aku tp aku xangkat..
maknanya aku tgh bace paper kat bawah la tu...
buat2 xdgr ataupon mmg dgr tapi lambat2 nak naik atas..
so sila paham dan jangan salahkan aku..
salahkan paper yang menjadi smber pengetahuan aku tentang dunia dalam dan lar negara...
peace no war ye...

Sunday, January 4, 2009

karut....

hari ni 2 kali aku tido dan mendapat mimpi yang karut...
siang tadi aku bangun dengan linangan airmata......
aku mimpi dan menangis hingga terjaga....
walhal aku cuma mimpikan tentang orang yang aku tak kenal.....
orang yang aku mimpikan dalam kesusahan...
seorang makcik tua yang di buli....
depan mata aku tapi aku tak mampu berbuat apa2....
sedih gle.....
kala korang ada niat macam tu tolong hentikan...
hormatilah orang tua.....
jangan buat tak senonoh kepada mereka....
walaupun kadang kadang orang tua tak reti nak sayang kepada budak2 muda....
biar la mereka......
kemudian tadi aku tido sekejap sekadar melelapkan mata kerana aku sakit kepala....
aku bermimpi lagi tetapi lebih mengarut....
lantas aku bangun kerana aku tak tahan lagi dengan jalan cerita yang tak tentu hala....
mungkin aku terlalu penat...
atau mungkin aku terlalu memikirkan benda2 yang tak logik....
suratan atau kebetulan.....
itu semua ketentan Tuhan....

Saturday, January 3, 2009

kenangan skool 1st episode...

adik angkat zaman skool dulu ader yang kate lawak..
tapi nak buat macam mane sebab dah jadi kewajipan kat skool aku...
so mengikut tradisi itulah yang akan berlaku apabila budak2 junior mendaftar...
diaorg akan dapat seorang abang angkat dan kakak angkat...
tak kisah la perangai diaorang baik ata pun macam setan...
aku pulak tak tahu samada aku dinilai sebagai abang angkat yang baik atapun abang angkat yang teruk...
walaubagaimanapun aku cukup bertuah kerana zaman itu aku alami sebanyak 2 kali...
semasa aku form 3 dan semasa aku bergelar super duper senior iaitu semasa aku form 5...
form 3 jadi abang angkat ni x la berapa seronok kerana kami belum berkuasa untuk membuat apa2 hukuman kepada adik angkat kami....
kerana masih ada bdk2 form 5 yang berkuasa....
oleh yang demikian adik angkat kami terbiar dan hukuman itu dijalankan oleh mereka yang lagi power konon nya....
namun begitu berbeza pula apabila aku telah berada di tingkatan 5...
adik angkat pula kebanyakannya berasal dari kl....
perkara ini sebenarnya ada udang disebalik mee....
tpi aku tak boleh ceritakan kerana sensitif.....
takut ada pihak yang terguris pula nanti....
baiklah...
aku cuma teringat akan hal ini dimana tradisi ini aku tak tahu pula masih diteruskan atau tidak kerana semakin lama aku dapati bdk2 skool semakin manja...
dan mereka pula menapat lebih banyak kemudahan berbanding kami dahulu..
oleh itu aku harap mereka bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan...
jangan kufur nikmat kerana Allah tidak suka kepada hamba-Nya yang tidak brsyukur....

second edition.

well... well....
aku menuliskan lagi blog post yang baru....
di sini ak lebih bebas daripada terkokong akibat desakan menuliskan tentnang periha wanita...
tahn baru azam baru....
pasti ada yang tertanya tanya kenapa aku menamakan blog aku sebagai burung murai...
yang pertama aku fikirkan tentang nama yang mudah untk diingati...
yang keda kerana ak suka bercerita tentang kisah hidup aku...
cuma agak malang disini kerana aku terpaksa menaipkan cerita itu..
tak dapat aku sampaikan secara lisan disini...
aku baru pulang dari johor semalam dan terus bergegas ke unisel kerna hari ini aku perlu mendaftar untuk semester baru....
walaubagaimanapun buat pertama kalinya perkara yang amat malang berlaku kepada aku...
di mana tiket tol aku telah hilang ditiup angin...
hampeh betul.....
menyesal aku memandu melebihi had laju...
akibat nya aku telah di cas tol dari jb ke kajang..
walhal aku telah berhenti di simpang ampat ntuk konvoi dengan sharap....
nak wat macam mane...
tadah je la...
pengalaman jb sangat meriah...
nanti aku akan upload video dan gambar2 di sana..

Followers